bukan niatku....

aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf.. sungguhpun salah yang telah kau lakukan  bagiku sangat besar.. namun,aku perlu sedar.. kau dan aku sama2 manusia yang melakukan kesilapan.. maafkan aku wahai "lelaki" kerana telah berkasar pada mu samada dalam tutur bicara mahupun tingkah laku ku.. bukan niat ku untuk bersikap kurang ajar pada mu tapi aku  mahu kau tahu aku sangat kecewa.. mungkin dirimu akn faham sekiranya kamu berada d tempat aku..

aku bukanla wanita yang di ajar untuk tidak bersopan santun.. mungkin saja segala tindak tanduk aku terlalu mengikut emosi dan perasaan.. aku cuma ingin kamu tahu,aku mahu kamu benar2 berubah.. aku percaya kamu akan  berubah sekiranya kamu mmg benar2 berniat untuk  berubah.. fikirla masa depan mu.. hidup ini bukan la selamanya muda.. suatu hari nanti kamu akan meniti usia tua.. d saat itu sudah tidak ada gunanya lagi untuk kamu menyesal.. d saat itu aku yakin kamu pasti mahukan seseorang yang menemani mu d saat kamu uzur nnt.. 

hargaila aku sebagai wanita yang punyai hati dan perasaan..
aku cuba terbaik untuk maafkan kamu dan melupakan..
semoga kamu memaafkan aku..
kerana bukan sengaja niatku untuk menyakiti kamu...

No comments:

Post a Comment