jangan dilukai hatiku


Usia ku kini mencecah 20tahun,aku mula melalui pelbagai asam garam kehidupan yang pernah d lalui oleh org yang pernah makan "garam" lebih dari aku..
Aku sudah mempunyai seorang lelaki yang aku anggap sebagai kekasih hati,aku mula mengenalinya sejak usia 14tahun namun kami masa tu cuma la rakan biasa dan kemudian bertukar menjadi hubungan serius sehinggalah sekarang. Alhamdulillah,kami masih bersama.
Macam2 dah kami lalui
menangis,menjerit,meraung,memberontak,kecewa,terkilan,putus asa
ujian yang kami lalui buat kami semakin tabah dan kuat untuk mengenali antara satu sama lain..

  
Sekali pun aku tak pernah memaksa kamu untuk mencintai dan menyayangiku..
kerana aku sedar setiap sudut kelemahan yang aku miliki..
aku tak minta d lukai,aku harap kau akan menghargai setiap peluang aku beri..
aku tak sanggup lagi untuk terus d lukai..
aku hanya memerlukan insan yang tulus bersama ku tanpa ada "org ketiga" 
aku memaafkan engkau supaya engkau tahu aku masih cuba gagahkan diri untuk pertahankan lagi hubungan ni walaupun aku sudah jatuh tersungkur ke bawah..

mungkin saja aku terlalu menyayangimu kerana engkau adalah cinta pertama ku..


semua orang mempunya impian bukan?
impian nya untuk "BAHAGIA" bersama orang yang d sayangi hingga ke akhir hayat..
rasanya,tak da pun orang di dunia ni minta untuk hidup "SENGSARA"

"engkau insan terbaik yang pernah aku kenali,tidak akan ada lelaki yang lain yang akan menggantikan engkau d hatiku melainkan Allah yang mengkehendakinya"
 aku juga punya hati
hati ku bukan la untuk d beri secara percuma untuk d lukai..

InsyaAllah,semoga jodoh kita akan berkekalan dan mudah2an kita akan bersama satu hari nanti.Terima Kasih sebab hadir dalam hidupku wahai lelaki



kawan,kamu semakin berubah..

Hari ni aku sangat terkejut perubahan ketara secara mendadak oleh salah seorang bekas rakan sekolah ku dulu. Ya Allah rasa nak menitis air mata bila dia berubah mcm tu,jika ke arah kebaikan tak pe la juga tapi.............
mungkin masa di sekolah dulu,orang selalu pulaukan dia,tak pedulikan dia,tak amik tahu pasal dia,terpinggir..
mungkin juga dia rasa sangat tertekan dan bila dia belajar d tempat lain..
dia berubah seteruk itu mungkin juga untuk dapatkan perhatian supaya dia tak di pinggirkan mcm d sekolah dulu.
Semoga Allah memberi petunjuk pada mu wahai rakan ku..
dulu engkau yang aku kenali penuh dengan adab,sopan,tutup aurat tapi skg engkau bukan la seperti yang aku lihat dulu.. mungkin saja kau mengalami kejutan budaya d tempat baru..
lebih tergamam bila melihat engkau begitu bangga menayangkan gambar yang tidak tutup aurat lepas tu mendedahkan apa sepatutnya tidak perlu d nampak kn..
engkau benar2 berubah.. engkau juga tidak suka orang panggil nama sebenar kau sebab kau punyai nama yang agak komersial dan lebih glamour dari nama yang mak ayah ko berikan..

bila d tegur,ini lah yang akan jadi.. 


Semoga Allah akan memberi petunjuk kepada rakan ku itu agar dia sedar kesilapan yang telah dia lakukan.
menegur bukan la kerana diriku sempurna kerana setiap manusia di dunia perlu saling melengkapi kelemahan masing2 masing kan? Hanya Allah saja yang maha sempurna..