kawan,kamu semakin berubah..

Hari ni aku sangat terkejut perubahan ketara secara mendadak oleh salah seorang bekas rakan sekolah ku dulu. Ya Allah rasa nak menitis air mata bila dia berubah mcm tu,jika ke arah kebaikan tak pe la juga tapi.............
mungkin masa di sekolah dulu,orang selalu pulaukan dia,tak pedulikan dia,tak amik tahu pasal dia,terpinggir..
mungkin juga dia rasa sangat tertekan dan bila dia belajar d tempat lain..
dia berubah seteruk itu mungkin juga untuk dapatkan perhatian supaya dia tak di pinggirkan mcm d sekolah dulu.
Semoga Allah memberi petunjuk pada mu wahai rakan ku..
dulu engkau yang aku kenali penuh dengan adab,sopan,tutup aurat tapi skg engkau bukan la seperti yang aku lihat dulu.. mungkin saja kau mengalami kejutan budaya d tempat baru..
lebih tergamam bila melihat engkau begitu bangga menayangkan gambar yang tidak tutup aurat lepas tu mendedahkan apa sepatutnya tidak perlu d nampak kn..
engkau benar2 berubah.. engkau juga tidak suka orang panggil nama sebenar kau sebab kau punyai nama yang agak komersial dan lebih glamour dari nama yang mak ayah ko berikan..

bila d tegur,ini lah yang akan jadi.. 


Semoga Allah akan memberi petunjuk kepada rakan ku itu agar dia sedar kesilapan yang telah dia lakukan.
menegur bukan la kerana diriku sempurna kerana setiap manusia di dunia perlu saling melengkapi kelemahan masing2 masing kan? Hanya Allah saja yang maha sempurna.. 

No comments:

Post a Comment