adusssssh! jatuh motor

pengalaman yang d tunggu-tunggu telah tiba!
keh keh keh...
mcm jualan promosi baju untuk hari raya la pulak..
errrmmmmmmmm....
nak tau tak?
 mlm tadi aku jatuh motor ngan ayah aku...
ni la kali ke 2 aku jotoh motor sejak dapat lesen ni..
untuk kali pertama aku jatuh ngan adik aku...
semuanya gara2 kaki ku yang tak kesampaian dan nak plak org yg aku kene bawak tu badannya "semangat" 
kali kedua ni agak teruk sikit la...
d pendekkan cerita mlm tu aku gi ngeteh ngan ayah kat kedai makan...
pastu ayah kata,bawak la ayah g jenjalan..
aku pun bawak ayah aku pusing2 taman..
tiba d persimpangan tiga,aku berhenti nak pandang kiri kanan...
aku kan penunggang berhemah.. uhuk uhuk uhuk... hehehee..
bila "line clear" aku cuba press minyak,alamak berat la pulak...
pastu aku rasa tak "centre" may be sebab ayah aku berat dan goyang2..
errrmmm,apa lagi belum sempat jalan dua2 jatuh ke tepi jalan atas pasir dan batu bata..
tp aku la mengalami kecederaan ayah aku tak pun..
sbb awal2 lg ayah aku da selamatkan diri...
so aku la yang jatuh ngan moto tu..
aku cepat2 angkat motor bersihkan pasir kat seluar dan suruh ayah naik cepat sebab takut org nampak...
tapi rasa nya orang taman tu ada yang da nampak kot kita orang jatuh...
heheheehe...
syukurlah kejadian tu berlaku d malam hari...
tak la "live" dan rasa malu jatuh moto...

balik saja rumah aku tengok lutut ku dah berdarah,seluar kat bahagian lutut pun koyak..
ayah aku cuma ketawa dan geleng kepala...
balik rumah ayah aku lebih pentingkan kecederaan motor dia dari aku...
arrggghhhh!!!
geram sangat...
motor tu cuma calar dan cermin sisi moto je berpusing 90 darjah..
huh! aku bernasib baik.. Alhamdulillah ayah aku tak marah...
dah la luka d lutut,sempat lagi ayah suruh aku bersihkan motor dia yang berpasir...
tension wooo...!
errrmmmm.....terima je la,nasib badan.... sedih tau!

apa pun "at least" aku ada la jugak pengalaman jatuh motor..
korang ada? hehehehe...


tangisan itu membongkar 1001 rahsia

Tepat jam 1.50 pagi,aku tersedar dari tidur sebab aku terdengar bunyi bising2 d rumah ku..
aku cuba teliti dari mana dan suara siapakah itu..
akhirnya,aku dapati....
itulah suara dari ibu dan ayahku....
Ya Allah,inilah kali pertama aku mendengar tangisan kekecewaan dari seorang ayah..
selama ini,ayah yang aku kenali sememangnya garang,tegas dan aku tak pernah lagi tengok ayah menangis seperti itu..

Mungkin ada hikmah d sebaliknya,kenapa Allah izinkan aku untuk mendengar perbualan antara ibu dan ayah..
ya,baru la aku faham bagaimana peritnya hati seorang lelaki bergelar ayah,seorang wanita bernama ibu..
pagi tu aku terdengar,bapa ku menangis sambil meluahkan masalah pada ibu..
aku dengar ayah kata dia kecewa melihat anak2nya terutama adik ku nombor dua..
dia mendapat keputusan merosot..
adik2 aku yg lain pun sama..
padahal ayah dan ibu telah hantar ke tuisyen dan belikan buku2 rujukan pada mereka...
ayah rasa pengorbanannya tak terbalas langsung..
aku pun turut rasa tempias nya...
sbb...............................................................
aku pun kecewakan harapan ibu dan ayah......


Tangisan ayah buat aku benar2 rasa terkedu..
bayangkan ayah yang garang dan tak pernah tunjuk kan wajah menagis ttba kita dengar dia menangis sememangnya sesuatu yg memeranjatkan..
aku gagal!!!
aku gagal!!!
aku gagal!!!

buat ayah dan ibu gembira...
tangisan ayah buat aku semakin kuat untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka....
aku akan buktikan...
Aku sayang ibu!
Aku sayang ayah!
tak! aku tak kan biarkan airmata itu mengalir lagi...

selamani aku tak faham yang ayah aku terlalu mengaharapkan aku masuk U..
silap aku juga....
tak pernah serius sewaktu d sekolah dulu...
baru la aku faham
kenapa,mengapa,sebab apa,
aku d paksa untuk belajar....

menyesal mmg sudah tidak berguna lagi...
tp aku da tekad....
aku mmg nak berjaya,....

mlm tu,ayah memujuk ku suruh pergi untuk temuduga pekerjaan tetap dengan kerajaan...
ya,demi Ayah aku,aku pergi...
aku turutkan jua walaupun cita2 ku adalah seorang guru....

tak mengapala...
aku da cipta "pelan A" dan "pelan B"
mudah2an aku dapat buktikan pada ayah,
aku boleh berjaya...

tangisan ayah sememangnya menyedarkan aku....
untuk terus melangkah ke alam dewasa dengan lebih matang...

bimbinglah aku kejalan NYA...




setiap wanita ingin menjadi yang terbaik untuk pasangan hidupnya,begitu juga aku..
aku juga mengimpikan untuk menjadi terbaik apabila aku sudah berumah tangga nanti..
bimbinglah aku menjadi wanita yang di redhai Allah..

bukan niatku....

aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf.. sungguhpun salah yang telah kau lakukan  bagiku sangat besar.. namun,aku perlu sedar.. kau dan aku sama2 manusia yang melakukan kesilapan.. maafkan aku wahai "lelaki" kerana telah berkasar pada mu samada dalam tutur bicara mahupun tingkah laku ku.. bukan niat ku untuk bersikap kurang ajar pada mu tapi aku  mahu kau tahu aku sangat kecewa.. mungkin dirimu akn faham sekiranya kamu berada d tempat aku..

aku bukanla wanita yang di ajar untuk tidak bersopan santun.. mungkin saja segala tindak tanduk aku terlalu mengikut emosi dan perasaan.. aku cuma ingin kamu tahu,aku mahu kamu benar2 berubah.. aku percaya kamu akan  berubah sekiranya kamu mmg benar2 berniat untuk  berubah.. fikirla masa depan mu.. hidup ini bukan la selamanya muda.. suatu hari nanti kamu akan meniti usia tua.. d saat itu sudah tidak ada gunanya lagi untuk kamu menyesal.. d saat itu aku yakin kamu pasti mahukan seseorang yang menemani mu d saat kamu uzur nnt.. 

hargaila aku sebagai wanita yang punyai hati dan perasaan..
aku cuba terbaik untuk maafkan kamu dan melupakan..
semoga kamu memaafkan aku..
kerana bukan sengaja niatku untuk menyakiti kamu...

itu impian aku...

semalam,tanpa di duga keluarga Adam datang ke rumah aku.. yeah,gembira tak terkata.. i'm miss u Adam! wah,Adam da ada bby la.. apa yg menarik mengenai keluarga Adam? aku amat sanjung ibu Adam.. tau knp? ayah Adam bekerja sbg tentera laut yg jarang pulang ke rumah untuk bersama isteri dan anak2,tp ibu Adam sangat setia menanti ayah Adam wpun jauh.. sedangkan masa Adam lahir,ayah Adam tak sempat nak tengok Adam.. masa Adam umur 2bulan,baru ayah Adam jumpa dengan Adam.. Aku teringin nak jadi seperti ibu Adam.. Setia pada suami walau sejauh mana suami pergi.. Begitu juga ayah Adam,walaupun jauh d perairan tak pernah lupa pada keluarganya.. keluarga seperti ini la yang aku impikan.. mempunyai sebuah keluarga bahagia..
nak tgok tak Adam mcm mana? dia comel sangat tau.. jeng jeng jeng!!!

Ishraf Adam
Ini la Adam.. Comeykan dia? bila tengok family Adam smlm,wah bahagia nya ada keluarga mcm tu.. Ayah Adam nampak seperti lelaki yang sangat bertanggungjawab sebagai suami dan ayah.. Dia sangat sayangkan anak2nya.. Ya Allah,mudah2an aku akan dapat suami bersifat seperti ayah Adam yang punyai rasa tanggungjawab pada Agama,Diri Dan Keluarga.. Amin.. Aku tak impikan seorang lelaki yang suka melayan ramai perempuan.. Aku cuma mahu seorang lelaki yang menganggap aku adalah paling istimewa dalam hidupnya tanpa tandingan dengan mana2 perempuan lain selain aku.. Walau aku punyai pelbagai kelemahan.. apa saja kelemahan pasti aku akan ubah sedikit demi sedikit sekiranya "suami" ku mendidik dengan cara yang baik.. Itu la impian aku.. mempunyai cahaya mata yang comel dan suami yang sangat bertanggungjawab.. 

adam dan umar
Inilah adik Adam,namanya Ishraf Umar.. Ala tomey tomey tomey.. 
saya sayang mereka berdua!
mmmuuuaaahhhh!!!

Ya Allah,semoga satu hari nanti andai aku bernikah jodohkan lah aku dengan pasangan yang bertanggunggjawab dan mampu membimbing aku dan bakal zuriatku ke arah syurgamu Ya Allah..
aku sangat mengimpikan sebuah keluarga bahagia kerana "itulah impian aku"..
Amin....

ak tak mungkin kuat lagi

kali ni aku bukan la wanita yang kuat seperti dulu. mungkin saja terlalu banyak masala yang aku pendamkan. pelbagai masalah aku hadapi yang membuat aku sangat tertekan. yeah,org yang tak rasa senang la cakap,"lupakan la da berlalu","ala biasala tu", hey, ingat senang ke?! parut,luka yang tercalit d hati ni tak mungkin akn terubat mcm tu saja,nak plak bila berkali2 perkara ni terjadi.

okay,masala utama yg buat aku jd cm ni sbb "hubungan" aku sendiri.. utk 6tahun aku setia dn cuba yg terbaik,ternyata aku bukan la yang terbaik. apa buktinya?kalau betul la aku ni yg terbaik,tak mungkin si DIA  layan pompuan lain..dan tak mungkin juga si DIA sentiasa menghubungi "EX"couple dia.. dan mengaku itu adalah "CINTA" dia. yeah,mungkin semua org ckp aku perlu lupakan.. ckp,senang la.. cuba rasa sendiri tgok?.. mungkin aku tak dapat lupakan sbb perkara ni bukan la kali pertama berlaku.. banyak kali,terlalu byk..
Ya Allah,seandainya kali ni aku memberi peluang adakah si DIA akn menghargai?ini bkn la kali pertama aku beri peluang da terlalu byk sgt peluang aku beri..tp selalu sangat d mungkiri..aku tak nak hati aku di lukai lagi..aku sangat tak berdaya..mengapa pilih aku?kalau nak layan lagi "EX" couple yg dulu.. yeah,kalau "EX" dia buat byk FB pun,sanggup add,laman twitter sggup follow,kalau ada "skype" sanggup minta..sanggup nak amik tahu semuanya..aku tahu byk perbuatan selingkuh "DIA" kat belakang aku.. cuma aku tak mampu nak terangkan keadaan sebenar.. asal aku nak cakap nak luah apa yg aku tahu,mesti akn berlaku pergaduhan..
Aku seringkali menangis,aku rasa aku dipermainkan,kalau tak nak aku,kenapa masih bersama aku kan?Ya Allah,aku cuba lupakan,aku cuba.. tp aku tak mampu  Ya Allah! Aku da tak kuat! mana mungkin.. bukan la sekali dua dia "CURANG" di belakang aku,tp da byk kali, bawak "EX" naik moto sama2, bawak jalan2 naik kete, belanja makan,planning diam2 nak jumpa.. entah apa lagi la yang "DIA" penah buat lagi kan?yg aku tak tahu.. Ini ke balasan SETIA yg aku dapat selama ni? perlu ke aku teruskan lagi.. tak! aku tak mungkin lupakan.. 6tahun luka ada dlm hati aku,tak mungkin aku dapat lupakan mcm tu saja.. tak,tak mungkin! 

Masala kedua yang  buat aku tertekan,melihat sikap si DIA suka sangat layan pompuan.. ini bukan la sikap calon suami yg aku cari.. bermanja2 dengan pompuan lain,menggedik2, Ya Allah,aku tak pernah tergamak nak buat mcm tu d belakang "DIA" sbb aku tahu kalau aku buat cm tu,hati dia akan terluka.. tp "DIA" pernah tak pikir apa akan aku rasa..?aku tahu,aku tak lawa,aku tahu aku gemuk,for what pilih aku jadi "GF"kalau tak pat terima seadanya diri aku kn? bila ada kawan pompuan upload "pic" gedik,seksi bukan main suka komen,puji sana sini,yeah aku mmg terasa.. errmmm....  perlu ke adik angkat? buat semak jer la adik angkat.. adik sendiri d marah2kan..adik sendiri tak nak jaga.. tak perla,"DIA" bukan suami aku.. pedulikan la nak ada adik angkat.. lantakla..itu lagi pentingkan utk hidup dia dari hati aku..

Masala ketiga,aku mudah sangat2 tertekan.. nak plak soal duit.. sejak aku keje,aku mula pandai hargai duit aku..tp..............................biarla aku sorang saja tahu apa yg da jadi pada duit aku tu.. mungkin belum masanya aku capai impian aku..

Aku tak mungkin kuat lagi untuk teruskan hubungan ni,aku yang rasa aku tahu bertapa sakit sangat hati bila terluka.. Aku tak mungkin kuat lagi.. Mungkin saja aku cuba bertahan sementara si "DIA" habiskan exam..
kalau la dia sedang baca,aku nak sangat "DIA" tahu.. tiap2 hari yg aku lalui aku sentiasa fikirkan masa hadapan.. aku tak nak bila aku kahwin ini yang terjadi.. bukan hidup sengsara yg aku mahu.. semua org mahukan kebahagiaan..begitu juga dengan aku.. banyak kali sudah dia mungkiri janji manis,aku tak pasti samada kali ni pun "DIA" akn mungkiri.. mana ada manusia boleh berubah cm tu sahaja.. mesti amik masa..

Kau tak faham,apa aku rasa,senang bagi kau mengatakan,lupakan.. sedangkan "EX" kau yg 7tahun lalu,yg pernah buat kau terluka, sampai skg sekarang kau tak boleh lupa.. smpai skg kau ungkit2kan lagi.. sedangkan kau sendiri tak boleh lupakan kisah silam kau,ni kan pula kau suruh aku lupakan apa yg jadi.. ITU BUKAN MUDAH BAGI AKU sbb KAU TAK RASA APA AKU RASA..

Fikirlah yang terbaik,aku bukan la WANITA terbaik untuk kau..kalau aku yang TERBAIK,tak mungkin kau akan bersikap mcm ni selama aku dan kau bersama. tak mungkin ada pompuan lain(ex couple,adik2 angkat.skandal) dlm kamus hidup kau kan..
Ya Allah,sememangnya aku da tak kuat lagi...

jangan dilukai hatiku


Usia ku kini mencecah 20tahun,aku mula melalui pelbagai asam garam kehidupan yang pernah d lalui oleh org yang pernah makan "garam" lebih dari aku..
Aku sudah mempunyai seorang lelaki yang aku anggap sebagai kekasih hati,aku mula mengenalinya sejak usia 14tahun namun kami masa tu cuma la rakan biasa dan kemudian bertukar menjadi hubungan serius sehinggalah sekarang. Alhamdulillah,kami masih bersama.
Macam2 dah kami lalui
menangis,menjerit,meraung,memberontak,kecewa,terkilan,putus asa
ujian yang kami lalui buat kami semakin tabah dan kuat untuk mengenali antara satu sama lain..

  
Sekali pun aku tak pernah memaksa kamu untuk mencintai dan menyayangiku..
kerana aku sedar setiap sudut kelemahan yang aku miliki..
aku tak minta d lukai,aku harap kau akan menghargai setiap peluang aku beri..
aku tak sanggup lagi untuk terus d lukai..
aku hanya memerlukan insan yang tulus bersama ku tanpa ada "org ketiga" 
aku memaafkan engkau supaya engkau tahu aku masih cuba gagahkan diri untuk pertahankan lagi hubungan ni walaupun aku sudah jatuh tersungkur ke bawah..

mungkin saja aku terlalu menyayangimu kerana engkau adalah cinta pertama ku..


semua orang mempunya impian bukan?
impian nya untuk "BAHAGIA" bersama orang yang d sayangi hingga ke akhir hayat..
rasanya,tak da pun orang di dunia ni minta untuk hidup "SENGSARA"

"engkau insan terbaik yang pernah aku kenali,tidak akan ada lelaki yang lain yang akan menggantikan engkau d hatiku melainkan Allah yang mengkehendakinya"
 aku juga punya hati
hati ku bukan la untuk d beri secara percuma untuk d lukai..

InsyaAllah,semoga jodoh kita akan berkekalan dan mudah2an kita akan bersama satu hari nanti.Terima Kasih sebab hadir dalam hidupku wahai lelaki



kawan,kamu semakin berubah..

Hari ni aku sangat terkejut perubahan ketara secara mendadak oleh salah seorang bekas rakan sekolah ku dulu. Ya Allah rasa nak menitis air mata bila dia berubah mcm tu,jika ke arah kebaikan tak pe la juga tapi.............
mungkin masa di sekolah dulu,orang selalu pulaukan dia,tak pedulikan dia,tak amik tahu pasal dia,terpinggir..
mungkin juga dia rasa sangat tertekan dan bila dia belajar d tempat lain..
dia berubah seteruk itu mungkin juga untuk dapatkan perhatian supaya dia tak di pinggirkan mcm d sekolah dulu.
Semoga Allah memberi petunjuk pada mu wahai rakan ku..
dulu engkau yang aku kenali penuh dengan adab,sopan,tutup aurat tapi skg engkau bukan la seperti yang aku lihat dulu.. mungkin saja kau mengalami kejutan budaya d tempat baru..
lebih tergamam bila melihat engkau begitu bangga menayangkan gambar yang tidak tutup aurat lepas tu mendedahkan apa sepatutnya tidak perlu d nampak kn..
engkau benar2 berubah.. engkau juga tidak suka orang panggil nama sebenar kau sebab kau punyai nama yang agak komersial dan lebih glamour dari nama yang mak ayah ko berikan..

bila d tegur,ini lah yang akan jadi.. 


Semoga Allah akan memberi petunjuk kepada rakan ku itu agar dia sedar kesilapan yang telah dia lakukan.
menegur bukan la kerana diriku sempurna kerana setiap manusia di dunia perlu saling melengkapi kelemahan masing2 masing kan? Hanya Allah saja yang maha sempurna.. 

Pengalaman Temuduga

yeah,assalamu'alaikum!
aku la gadis bernama Nikiyssa Assyikin tue..
Nampak tak baju putih tu?
tu la baju kurung yang aku pakai masa pergi temuduga d UKM,Bangi untuk program pendidikan ke UPSI
semoga harapan,niat dan cita2 ku nak menjadi seorang guru akan tercapai,InsyaAllah mudah2an Allah mengizinkan..

Aku tak pernah sangka akan terpilih untuk temuduga tu. Alhamdulillah,syukur sangat aku terpilih.
walaupun sebenarnya aku sangat terkilan bila ada yang pertikaikan kenapa aku terpilih.. yeah,aku tahu aku bukanla pelajar pintar dan pandai,sekurang2nya masa ujian MEdSi aku da buat yang terbaik untuk dapat kan tempat temuduga.. apa aku usahakan itu la yang aku dapat..

masa hari temuduga 24/05/2012 bersamaan hari khamis..
seluruh kaki tangan badan ku kaku,menggeletar sbb takut sangat.
Ayah dan ibu la orang yang paling gembira.. aku sayangkan mereka.. 
mereka la semangat buat aku untuk melangkah dan menghadapi temuduga dengan penuh yakin..
Temuduga bermula seawal pukul 9.00 pagi dan aku merupakan org kedua yang d temudga.. aku mendapat bilik yang pertama,setiap bilik adala dalam lebih kurang 10 0rg calon.. aku tak pasti ada berapa bilik tapi rasanya ada 5bilik.. Temuduga berjalan selama 3 hari...

Sebelum temuduga bermula terdapat ujian saringan,iaitu ujian buta warna dengan ujian kelayakan akademik..
Alhamdulillah aku melepasi kedua2 ujian saringan tersebut..
selepas ujian saringan aku perlu bersiap2 sedia untuk d temuduga. Penemuduga aku masa tu sepatutnya dua orang tapi bilik kami bernasib baik kebetulan penemuduga lagi seorang tak dapat hadirkan diri.. huh! lega tak terkata..  aku mendapat giliran nombor dua.. masa nak tunggu di temuduga,aku rasa nak nangis.. aku rasa nak peluk ayah aku,nak turun bawah minum air,nak nagis la.. ermmm mcm2 la..
hahahaha... masa tu aku baru sedar rupanya selamani aku selalu harapkan ibu ayah aku..
bila waktu untuk berdikari aku da mula gelisah..

masa waktu aku d panggil aku d temuduga,hilang rasa gementar cma aku fikir aku mahu jadi seorang guru..
alhamdulillah semua soalan yang d ajukan oleh penumuduga semuanya aku boleh jawab dengan baik termasuklah sewaktu mengupas isu semasa berkaitan bidang pengajian yang aku nak ambil iaitu matapelajaran bahasa Melayu.. masa temuduga aku d suruh oleh penemuduga untuk mengajar "pantun".. 
errrrrmmm....boleh la.. tp masa tu aku rasa puas hati aku dah buat yang terbaik..menunjukkan kebolehan aku untuk mengajar..

Masa penemuduga kata,baiklah awak boleh keluar,aku tak rasa apa2 pun sbb aku yakin yang aku dah buat yang terbaik untuk masa depanku.. semoga berkat restu ibu ayah,rakan2 dan guru2 aku akn terpilih melanjutkan pelajaran ke universiti..
aku harap aku akan menjadi contoh yang terbaik untuk keluarga dan adik2 aku yang lain.. 






shuuuh shuuuh shuuuuh !!!

errrrrrrmmmmmmmm......
dalam duk sibuk baco buku undang2....
baco la sangat....!
(nampak bona nipu)
mano ado baco... nongah naip ni ha...
acah yo tu...
yang bonar eh,den nak ngobaan..
ni la "manusio" yang suko sangat ganggu hati den,pikiran den,jiwo den,
tiap maso,tiap saat,tiap minit,tiap jam...
manjang ado yo dio...
dah tak bulih dah den nak nopeh an suh poiey jauh..
shuh shuh shuh!!!
macam2 caro,alat,kaedah dah den gunoan,
totap yo tak berhasil!!!
apo kan dayo,dah dio yang berjayo buek hati den ni ha sangkut kek dio...
kono la an trimo gangguan cm tu...
den tak kisah la org nak cakap apo pun sal dio...
dio tak ensem ko,dio tak pandai ko,apo2 yo la kekurangan yang d sobut2 an..
den tak kiro!
den totap sayang an dio...
kah kah kah kah...
oiy bedah,ingat cinto ko tu ley bawak mati ko?!
mmg la an tak ley bawak mati..
cinto tu buto.. da buek den buto ha..
ni la deh,org yg den sobut an tu..
yang suko kacau den tiap2 hari...
ni la deh umat eh...

 pssssst.... ni nak bisik ni... ni la pic yang paling hensem yang den bulih nunjuk an,
yang lain smuo tak ensem.. hehehhhe..jangan marah yo jang...
den gurau yo malam2 buto ni ha...
aiii! aiii! aiii! tak mo tak mo tak mo!!!
tenung lamo2 yo..
kang den yang parah lak jap laiey..
gigit jari..frust menonggeng..
kalau "dio" kono rampas kek org lain..

ni la dio cinto portamo den sepanjang hidup den...
mulo2 tu den tak do pun perasaan kat dio..
hingin pun tidak..
hahahaha... den stat kona dio maso form 2,tahun 2006
time tu den ngan dio kawan baik..tak pikir pun akan sangkut ngan dio ni ha..
ontah lah satu maso tu,
bertarikh 08/07/2006,sabtu malam ahad
pukul 8.30 mlm den trimo byk kali missed call,mesej.
umang aiiii!!! menggigil tangan den di buek eh..
ingat sapo la... rupo eh,dio yang tipon den..
di pendekkan cito.. malam tu den trimo jadi girlfren eh..
couple la tu makno eh..
maso tu den baru la umor 14 tahun,masa tu tingkatan 2,
hingus laiey time tu..
alhamdulillah.. sampai skg den ngan dio masih kekal..
tapi mak den solalu posan an kek den..
jangan tolalu mengharap an jodoh ngan dio...
sobab eh kito tak tau laiey sapo jodoh kito..
apo pun kami cumo la merancang apo yg terbaik..
tak salah an kalau kito nak mencubo...

 InsyaAllah,mudah2an.. 1 hari nnt ado lak rozki berjodoh ngan dio..
amin...

lesen lesen lesen ! ! !

ehem..ehem..ehem..
tak mahu la golak kan den..
hihihi... apo dah,org lain starting umor 16 da amek lesen motor
umur 17 da amek lesen keto
den baru la nak tehegeh-hegeh nak amik lesen..
apo kan dayo,da nasib badan..
nak buek cm nor la kanssss.....
umor 20 baru nak amek ha... 
apo pun den amek lesen bukan guno an duit mak ayah okay?
guno duet sendiri tau..
hasil pendapatan moncaghii rozki d use car..
tu pun pas den mintak "up" sikit gaji dari bos..
kih kih kih...
kalau tak,tak lopeh den nak amik lesen ni do..


huh! da stat malam ni..
nyanyian syahdu khas tongah malam dari mak den..
uuuuhaiiii!!!
rontak eh,nada eh,pitching eh,smuo eh la tinggi..
tak do nada ronda rondah..
mulo la deh mak den membebel-bebel...
adushhhh! bodosing tingo den ni ha....
ni kalau tingo ni kot lotak an la kek kuali leper..
maun kepet tingo den jadi eh..
mak den bising bukan apo...
dio nak nak den amek skali yo ujian undang2..
ahahahaha..... mak den pun tahu yo..
den ni mmg beggar yang amek..
tu pasal kono bebel..
bab tu mlm ni den dapek donga nyanyian syahdu mak den tu ha..
ishhh...! ttbo lak an ckp nogori...
kalau hati den da paneh dan bobintat cm ni la ragam eh..
ayat nogori la jawab eh yang kuar..
apo pun doa an la,supayo den luluih dongan comorlang dan maju jayo yo..
ni la deh buku bertuah yang den kono baco tu..