Pengalaman Temuduga

yeah,assalamu'alaikum!
aku la gadis bernama Nikiyssa Assyikin tue..
Nampak tak baju putih tu?
tu la baju kurung yang aku pakai masa pergi temuduga d UKM,Bangi untuk program pendidikan ke UPSI
semoga harapan,niat dan cita2 ku nak menjadi seorang guru akan tercapai,InsyaAllah mudah2an Allah mengizinkan..

Aku tak pernah sangka akan terpilih untuk temuduga tu. Alhamdulillah,syukur sangat aku terpilih.
walaupun sebenarnya aku sangat terkilan bila ada yang pertikaikan kenapa aku terpilih.. yeah,aku tahu aku bukanla pelajar pintar dan pandai,sekurang2nya masa ujian MEdSi aku da buat yang terbaik untuk dapat kan tempat temuduga.. apa aku usahakan itu la yang aku dapat..

masa hari temuduga 24/05/2012 bersamaan hari khamis..
seluruh kaki tangan badan ku kaku,menggeletar sbb takut sangat.
Ayah dan ibu la orang yang paling gembira.. aku sayangkan mereka.. 
mereka la semangat buat aku untuk melangkah dan menghadapi temuduga dengan penuh yakin..
Temuduga bermula seawal pukul 9.00 pagi dan aku merupakan org kedua yang d temudga.. aku mendapat bilik yang pertama,setiap bilik adala dalam lebih kurang 10 0rg calon.. aku tak pasti ada berapa bilik tapi rasanya ada 5bilik.. Temuduga berjalan selama 3 hari...

Sebelum temuduga bermula terdapat ujian saringan,iaitu ujian buta warna dengan ujian kelayakan akademik..
Alhamdulillah aku melepasi kedua2 ujian saringan tersebut..
selepas ujian saringan aku perlu bersiap2 sedia untuk d temuduga. Penemuduga aku masa tu sepatutnya dua orang tapi bilik kami bernasib baik kebetulan penemuduga lagi seorang tak dapat hadirkan diri.. huh! lega tak terkata..  aku mendapat giliran nombor dua.. masa nak tunggu di temuduga,aku rasa nak nangis.. aku rasa nak peluk ayah aku,nak turun bawah minum air,nak nagis la.. ermmm mcm2 la..
hahahaha... masa tu aku baru sedar rupanya selamani aku selalu harapkan ibu ayah aku..
bila waktu untuk berdikari aku da mula gelisah..

masa waktu aku d panggil aku d temuduga,hilang rasa gementar cma aku fikir aku mahu jadi seorang guru..
alhamdulillah semua soalan yang d ajukan oleh penumuduga semuanya aku boleh jawab dengan baik termasuklah sewaktu mengupas isu semasa berkaitan bidang pengajian yang aku nak ambil iaitu matapelajaran bahasa Melayu.. masa temuduga aku d suruh oleh penemuduga untuk mengajar "pantun".. 
errrrrmmm....boleh la.. tp masa tu aku rasa puas hati aku dah buat yang terbaik..menunjukkan kebolehan aku untuk mengajar..

Masa penemuduga kata,baiklah awak boleh keluar,aku tak rasa apa2 pun sbb aku yakin yang aku dah buat yang terbaik untuk masa depanku.. semoga berkat restu ibu ayah,rakan2 dan guru2 aku akn terpilih melanjutkan pelajaran ke universiti..
aku harap aku akan menjadi contoh yang terbaik untuk keluarga dan adik2 aku yang lain.. 






No comments:

Post a Comment